Pernah tak dengar orang cakap, “Nanti lah, aku belum ready nak ambil Hibah Takaful” atau “Aku rasa benda ni tak penting sangat sekarang”? Hakikatnya, ramai yang tak sedar Hibah Takaful boleh jadi penyelamat untuk keluarga kita kalau apa-apa berlaku. Dalam artikel ni, kita nak bincang kenapa ramai orang bertangguh untuk ambil Hibah Takaful dan kenapa tanggapan itu perlu berubah.
1. “Aku Tak Mampu, Komitmen Banyak”
Alasan paling biasa kita dengar – tak cukup duit. Tapi sebenarnya, kita tak letak keutamaan pada tempatnya. Kalau kita boleh bayar internet setiap bulan, beli kopi mahal setiap minggu, kita sebenarnya jauh lebih mampu untuk ambil Hibah Takaful. Hibah Takaful bukanlah semahal yang ramai fikirkan.
- Kalau anda carum RM50 sebulan, keluarga anda akan terima manfaat sebanyak RM100,000 sekiranya anda tiada.
- Tapi kalau anda cuba simpan sendiri RM50 setiap bulan, anda perlukan 2,000 bulan (bersamaan 83 tahun) untuk capai RM100,000.
Adakah kita ada masa sebanyak itu? Dengan Hibah Takaful, manfaat besar untuk keluarga boleh tersedia segera dengan kos kecil setiap bulan.
2. “Saya Masih Muda, Kematian Jauh Lagi”
Ramai rasa kematian hanya berlaku bila dah tua, tapi realitinya, kita tak tahu bila giliran kita. Kemalangan jalan raya, serangan jantung, atau penyakit serius boleh berlaku pada bila-bila masa.
Seorang pelanggan saya, umur baru 35 tahun, meninggal dunia sebab kemalangan motor. Alhamdulillah, dia sempat ambil Hibah Takaful RM200,000. Duit tu cukup untuk selesaikan hutang dan sara hidup keluarga selama 2 tahun.
3. “Ah, Nanti Je Lah, Masih Banyak Masa”

Sikap bertangguh ni sebenarnya musuh utama. Lagi lama anda tunggu, lagi mahal sumbangan takaful bila umur meningkat. Tambah pula, kalau tiba-tiba kesihatan terganggu, anda mungkin tak layak untuk ambil Hibah Takaful lagi. Tanpa kita sedar, di hari tua nanti, ada banyak perkara yang mungkin kita sesalkan, akibat daripada suka bertangguh.
Contoh:
Kak Zainab pernah nak ambil Hibah Takaful, tapi tangguh sebab rasa nak “fikir dulu.” Bila dia akhirnya nak mula, dia dah disahkan ada diabetes. Sayang, dia tak lagi layak untuk perlindungan penuh.
4. “Tak Perlu Hibah, Waris Boleh Guna Harta Aku“

Ramai rasa faraid dah cukup untuk waris. Tapi tahu tak, proses faraid boleh memakan masa? Tambah pula, berkemungkinan tinggi akan berlaku konflik pengurusan harta pusaka, yang berlarutan.
Contoh Realistik:
Kalau ada baki hutang rumah RM300,000, harta yang diwarisi keluarga anda akan digunakan untuk langsaikan hutang dulu. Apa yang tinggal mungkin tak cukup untuk sara hidup anak-anak dan pasangan anda.
5. “Allah Kan Ada, Dia Akan Jaga”
Ya, betul. Allah adalah sebaik-baik Penjaga. Tapi jangan lupa, Allah juga beri kita rezeki dan akal untuk buat perancangan. Allah berfirman:
“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana“
(Surah Al-Baqarah, 2:240)
Gunakan rezeki yang Allah dah beri kepada kita untuk merancang sebaik mungkin. Hibah Takaful adalah salah satu ikhtiar kita untuk memastikan waris tidak terbeban jika kita sudah tiada. Sebagai hamba Allah, kita buat usaha terbaik, selebihnya kita serahkan kepada-Nya.
6. “Aku Tak Faham Apa Itu Hibah Takaful”
Kurang kesedaran dan ilmu pasal Hibah Takaful adalah salah satu sebab utama. Ramai tak tahu bahawa Hibah ni bypass faraid dan terus pergi kepada penerima (waris) tanpa sebarang proses yang rumit.
Hibah Takaful adalah hadiah yang:
- Cepat sampai kepada waris.
- Tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.
- Boleh digunakan untuk langsaikan hutang atau perbelanjaan harian dengan segera.
Kenapa Anda Perlu Mulakan Sekarang?

1️⃣ Murah Bila Mula Awal: Lagi muda dan sihat anda, lagi rendah sumbangannya.
2️⃣ Lindungi Waris Dari Beban Hutang: Jangan biarkan keluarga anda terpaksa tanggung kesilapan anda bertangguh.
3️⃣ Hadiah Terakhir Untuk Keluarga: Hibah adalah cara paling mudah untuk pastikan waris anda tak terbeban bila anda dah tiada.
Kesimpulan: Jangan Tunggu Sampai Terlambat
Kita semua tak tahu bila masanya akan tiba. Jangan biarkan keluarga anda terpaksa bergelut dengan masalah kewangan bila anda sudah tiada. Mulakan dengan jumlah kecil dulu, yang penting anda mula sekarang.
Tak pasti macam mana nak mula? Saya boleh bantu anda buat kiraan dan pilih pelan terbaik daripada 9 Syarikat Takaful.
KLIK HIBAH TAKAFUL TERBAIK untuk info lanjut atau PM saya untuk konsultasi PERCUMA.


