Jujur cakap, nak menabung beratus ribu untuk keluarga bukan benda senang. Nak kumpul RM100,000 pun rasa macam tak tercapai.
Tapi kalau ada cara yang lebih bijak?
Takaful lah jawapannya. Dengan RM50 sebulan, boleh dapat perlindungan sampai RM250,000 untuk anak bini kalau kita dah tak ada. Tak ke lega hati bila tahu sekurangnya keluarga takkan susah?
Kenapa Selalu Tanggguh Nak Ambil Takaful?

Sebenarnya, kita mampu je nak sumbang sikit setiap bulan – RM50, RM100, RM200. Tapi dalam kepala mesti fikir,
“Alaa, takaful ni aku tak merasa pun…”
Tapi dalam masa yang sama, kita:
☕ Bayar kopi mahal RM15 secawan, kadang sehari dua kali.
📺 Langgan TV berbayar RM50 sebulan, tapi kadang-kadang tak tengok pun.
🏍️ Bayar ansuran motor dan kereta mahal sebab nak nampak bergaya.
Tapi bila nak simpan untuk Takaful? Eh, beratnyaaa! Hakikatnya, benda yang kita tak nampak hari ni lah yang bakal jadi penyelamat keluarga esok lusa.
Bila Dah Sakit, Dah Terlambat

Tahu tak siapa yang paling nak ambil takaful? Orang yang sakit. Masa sihat, buat tak endah. Bila dah kena sakit kritikal, baru sedar nak ambil – tapi dah tak boleh! Syarikat takaful memang takkan terima.
Siapa lagi? Balu yang kehilangan suami yang tinggalkan hutang menimbun. Masa tu, baru rasa, “Kalau lah dulu aku paksa suami ambil takaful…” Tapi dah terlambat.
Jadi kalau masih sihat, lock harga takaful sekarang. Jangan tunggu esok.
💡 Isteri, slow talk dengan suami suruh ambil Takaful. Kalau tak boleh pujuk, ambil sendiri untuk suami. Trust me, benda ni penting!
Kesimpulan: Jangan Sampai Menyesal
Ajal tak tunggu siapa. Yang kita boleh buat, rancang dari sekarang. Hibah Takaful bukan untuk kita enjoy hari ni, tapi untuk pastikan keluarga tak susah bila kita dah tak ada.
Dah sedia nak buat keputusan bijak untuk keluarga?


