Bila sebut je Takaful, mesti ada yang kata, “Alaa, nanti kalau nak claim, macam-macam alasan diaorang bagi!” Tapi betul ke? Atau sebenarnya ada benda yang kita tak faham? Jom kita bongkar!
1. Berapa Banyak Syarikat Takaful Bayar Setiap Tahun?

Ramai yang kata claim takaful susah, tapi tahukah anda berapa banyak sebenarnya syarikat takaful dah bayar kepada penyumbang mereka? Pada tahun 2023 sahaja, jumlah tuntutan takaful yang telah dibayar oleh syarikat AIA & AIA Public Takaful adalah RM5.12 Billion. Ini membuktikan bahawa syarikat takaful memang bayar tuntutan, selagi ia menepati syarat yang telah dipersetujui.
2. Kenapa Ada Kes Tak Boleh Claim?

Konsep takaful berasaskan utmost good faith (kejujuran sepenuhnya). Maksudnya, semasa kita daftar takaful, kita mesti beritahu semua info berkaitan kesihatan dengan betul.
Tapi yang selalu jadi, ada orang:
❌ Tak declare penyakit – Dah ada darah tinggi atau kencing manis, tapi dalam borang tulis sihat. Bila claim ditolak, mula kata syarikat takaful tak bayar.
❌ Baru daftar, terus sakit – Ada kes orang baru ambil takaful tak sampai sebulan atau setahun, tiba-tiba didiagnos penyakit kritikal. Realitinya, penyakit kritikal bukan muncul tiba-tiba, ia berkembang bertahun-tahun. Bila siasatan dibuat, rupanya dah ada simptom lama, tapi tak declare masa daftar.
Jadi, kalau nak takaful betul-betul berfungsi, jangan sembunyikan maklumat. Syarikat takaful bukan suka-suka tolak claim, tapi mereka kena pastikan semua proses adil untuk semua penyumbang takaful.
3. Medical Card vs Hibah Takaful – Mana Lagi Mudah Claim?

📌 Medical Card – Ini yang paling banyak kes claim tak lulus. Kenapa? Sebab medical card memang ada banyak syarat, terutamanya berkenaan waiting period dan pre-existing condition (penyakit sedia ada). Kalau baru ambil medical card dan terus masuk hospital sebab penyakit lama, kemungkinan besar claim ditolak. Jadi masa ambil Medical Card, pastikan betul betul faham apa yang cover, apa yang tak cover.
📌 Hibah Takaful – Ini lebih straight forward. Kalau berlaku kematian akibat kemalangan atau sebab biasa, selagi polisi aktif dan info betul semasa daftar, waris akan terima pampasan. Malah, ada syarikat yang bayar 2x ganda jika meninggal dunia semasa Haji atau menaiki pengangkutan awam.
Tapi ingat, kalau baru je daftar takaful dan terus meninggal dunia (contohnya dalam tempoh beberapa bulan pertama), syarikat takaful tetap akan buat siasatan untuk pastikan tiada unsur penipuan.
Kesimpulan: Jangan Salah Faham, Fahami Takaful dengan Betul
Tak dinafikan, ada kes tuntutan takaful yang ditolak, tapi bukan sebab syarikat saja-saja tak nak bayar. Ia selalunya berkaitan maklumat yang tak tepat semasa daftar atau penyakit sedia ada yang tak diisytiharkan.
Jadi, kalau nak takaful ni benar-benar jadi penyelamat untuk kita dan keluarga, ambil masa untuk faham syaratnya. Jangan ambil Takaful sekadar nak lepas syarat, tapi ambil dengan ilmu supaya bila masa nak claim, tak ada masalah!
Nak tahu lebih lanjut tentang Hibah Takaful yang paling murah dan terbaik ikut bajet anda?


